apa yang akan kita rasa bila orang yang dulu pernah kita sayangi , tetiba muncul balik secara tiba tiba .
dan dahulu , tinggalkan kita mentah mentah hanya kerana tidak memahami situasi yang sedang dialami ketika itu .
cerita bermula nya begini .
dia merupakan kekasih pertama yang berjaya membuka pintu hati aku sewaktu dahulu .
you know what ?
aku start couple couple ini semasa hujung hujung form 4 tau takk ?
ouh maiii , aku rasa macam lambat gila je sebab semua dah rasa lagi awal daripada apa yang aku rasa .
tapi not bad ah masa first love dulu .
couple sampai setahun lebih kot .
lepas tu , break time selepas keputusan peperiksaan SPM keluar .
memang masa tu ada masalah kot .
hmm . masalahnya tak payah cerita lagi detail laa kan kat sini .
cuma aku boleh bagitahu yang dia memang tidak memahami aku pada masa itu dan
aku merasakan aku juga tidak pandai untuk memahami dirinya lagi lalu masing masing membawa haluan masing masing .
tidak dinafikan , semasa lepas breaak tu aku masih sayang dirinya .
kali pertama bercinta secara serius , memang laa susah nak lupa kan .
tapi aku terkejut gila bila dua bulan lepas tu , dia kata dia dah tunang dengan seorang perempuan dimana perempuan itu dulu adalah bekas kekasih dia .
OMG ! time tu memang aku marah gila mati !@#$ sebab dia cepat lupakan aku dan cepat cari pengganti lain .
aku masih ingat lagi dia cakap sampai bila bila dia tetap sayangkan aku dan dia amat berharap yang kami ada jodoh .
memang aku tak kan pernah lupa apa yang pernah dia ucap .
aku rasa menyesal gila masa tu sebab TERHEGEH HEGEH contact cari nombor dia macam susah , mintak nombor dari kawan dia macam hapa .
tup tup dia kata dia dah ada tunang .
so , memang aku merelakan laa kann .
dia tunang dengan ex dia sebelum aku . LAGI LAH HEAVEN kan .
mesti masa aku couple dengan dia , dia ada contact contact perempuan tuu .
aku diam . malas untuk berkata apa apa .
and aku try menjauhkan diri daripada dia selepas aku dapat tahu dia punya kekasih .
tapi BALASAN bila yang aku dapat bila aku jauh diri , sombong laa , kerek laa , sakai laa , semua dekat aku .
memang pahit untuk terima .
bukan aku sombong . benda masalahnya kau dah ada tunang , takkan aku nak kacau pulak .
tunang kau pun bukan suka dekat aku pun . even , komen dalam facebook pun boleh jadi gaduh besar .
tu yang aku tak suka tuu .
TAPI LAIN CERITA bila aku menjauhkan diri .
kau malah maki maki , marah marah aku kenapa tak contact kau .
at last , aku makan hati lalu aku diam . fb kau aku delete setelah aku merasakan aku dengan kau tak ada apa apa lagi dan kau tak layak jadi kawan aku .
tapi kali ini , kau muncul balik .
kau kol nombor aku berkali kali sehingga aku merasa rimas !
kau add facebook lalu aku tekan button "NOT NOW" .
KAU cancel balik lepas tu kau add balik , lalu aku geram aku ignore terus .
tak dapat aku , kau add mak aku lalu mak aku approve .
bila mak aku approve kau mula naik daun komen gambar komen status segala .
nampak mak aku macam okay lalu kau chat segala .
OUH MAIIIIII .
MEMANG AKU RASA AKU MACAM NAK TAMPAR KAU LAA KAN KALAU AKU JUMPA KAU .
dulu time kau dah ada KEKASIH , kau kata aku macam macam .
kerek laa , sombong laa , perempuan gila la , itu laa ini laa .
laa ni bila aku dah diam , kau contact balik ?
lepas tu kau cakap dengan mak aku yang kau masih sayangkan aku dan sampai bila bila tetap tunggu aku ?
kenapa lepas aku dah punya orang lain , baru kau nak cakap macam tu ?
memang aku rasa menyampah laa kan.
bukan aku tak sayang , benda mungkin aku masih lagi terbawa bawa dengan janji manis yang kau pernah taburkan dahulu .
aku sakit hati .
sehingga aku tak percaya dengan apa yang SEMUA lelaki kata .
even , dengan balak aku sekarang nie .
memang susah nak percaya .
aku tahu kau akan baca blog ni jugak .
dan aku pinta , tolong jauhi diri kau daripada aku .
sebab aku tak layak untuk kau .
aku ini terlalu kerek , berlagak , gila untuk kau jadikan kekasih kau kembali .
carilah perempuan lain keyh !
sebab aku tak nak merosakkan hubungan yang sedia ada dan menanggung risiko untuk menerima kau kembali .
memang aku tak sanggup .
aku harap kau jangan contact aku lagi dah .
kot ya kalau nak jadi kawan pun , jangan lah sampai mintak aku ni layan kau 24 jam je , mesej mesej segala .
aku memang rimas untuk itu .
even , dengan kawan lelaki aku pun , tak ada nak kerap mesej segala dan kerap nak kol segala k .
please lah paham aku sekarang ni macam mana .