Baru je aku terbaca dari facebook kau walaupun aku ini kerap sahaja online .
Tetapi sumpah , aku tiada masa untuk melihat facebook kau sementelahan aku dengan diri kau dah tiada apa – apa hubungan lagi .
Aku terbaca nota yang kau buat khas untuk aku , pabila ramai orang komen – komen tentang nota yang kau tulis itu .
First of all , aku nak cakap dengan kau , terima kasih atas kasih sayang yang kau berikan selama ni .
Thanks sebab kerana kau , aku belajar berdikari .
Thanks kerana kau memberikan aku pengalaman ditinggalkan oleh seorang kekasih setelah aku mula menyanyangi kau .
Thanks atas sejarah silam yang kau tinggalkan untuk aku kenang .
Aku masih ingat lagi , aku menolak lamaran kau selama dua kali oleh kerana aku tidak yakin dengan kau dan masih lagi terkenang – kenang dengan cinta lama aku .
Sementelahan aku pada masa itu tidak ada menaruh apa –apa perasaan terhadap kau melainkan perasaan sayang terhadap kawan baik sendiri .
Yes . iya . benar .
Sebelum kita berkasih , kau lah orang yang paling rapat dengan aku .
Kita share sama – sama masalah masing – masing .
Kita makan sama – sama .
Kita beli barang sama –sama .
Tapi tu semua sebelum aku sedar yang kau ada menaruh perasaan dekat aku .
Sungguh , apabila kau meluahkan segalanya setelah kita bertengkar pada awal perkenalan , baru aku tahu segalanya .
Kau ingin menyanyangi aku sepenuh hati , kau suka aku , kau tertarik dengan aku .
Lalu , kau ingin menjadikan aku sebagai kekasih hati kau .
Aku ada cakap yang kau kan yang aku tak sedia lagi . dua kali aku cakap macam tuh .
Aku kata , cari lah yang lain . banyak lagi perempuan yang lawa , happy go lucky LEBIH daripada aku .
Tapi kau tetap tunggu aku jugak .
Okayy .
Aku terima .
Tapi kenapa setelah aku mula menyanyangi kau , merindui kau , kau pergi ?
Kau biarkan aku terkapai – kapai keseorangan .
Bila aku membuat panggilan telefon , kau beri aku macam – macam alasan untuk mengelak daripada aku .
Bila aku beri mesej , sedikit pun kau tidak ambil peduli . terlalu susah untuk melihat kau balas mesej aku . walaupun ia nya penting .
Aku pernah ajak kau berbincang pasal ini kan ?
Tapi kau kata apa ? NANTI dulu , NANTI dulu , biarr laa , malas nak pikir .
Okayy . memang kau suka tengok aku digantung tak bertali laa kan .
At last bila kau tulis nota dekat facebook kau , baru aku tahu kau luah kan segalanya .
Kau tahu ? aku seringkali baca nota yang kau tujukan untuk aku itu .
Tidak tahu mengapa sebabnya .
Mungkin , amat terlalu jarang untuk kau mengaku apabila setiap hal kita terjadi .
Pada pendapat aku lah kan .
Sekali lagi , hancur luluh la kan hati aku .
Remuk jadinya apabila kau mengaku yang kau biarkan aku begini .
Terima kasih .
Terima kasih atas segalanya .
Aku harap engkau bahagia dengan hidup kau .
Aku harap engkau dapat realisasikan matlamat dan azam kau tuh .
Insan kerdil ,
Aku .