(mode : excited nak update blog)
Assalamualaikum.
Okay pagi pagi ni aku rasa macam bosan sangat sebab tu lah aku rasa aku perlu kot update blog ni walau aku rasa aku terlalu jarang untuk update blog ni.
Haha.
Actually ada sorang bestfriend aku ni tidur bilik aku semalam.
Tapi harini dia keluar dengan boyfriend dia beli barang untuk persiapan nak balik raya nanti.
Yang roommate aku sorang ni pulak , keluar jugak.
Pagi pagi dah keluar . pukul 8.30 macam tu .
Melepaskan stress selepas test semalam katanya.
Yang aku pulak dekat bilik ni , macam orang kebingungan tak tau nak buat apa.
Nak buat assignment macam malas , tapi nak tak nak kena buat jugak kan .
Okay , tetiba dalam kepala otak aku ni macam nak menyenaraikan apa yang perlu dibuat lepas ni .
1. Kemas tilam + sapu sampah = kemas bilik
2. Basuh baju + tudung = sidai kat ampaian nanti
3. buat assignment account (ACC116) . dah la ada dua assignment lagi tu. Haihh.
4. Buat assignment human resource management – padahal assignment ni bergroup. Lagi la aku rasa macam malas nak buat bila tengok kawan kawan aku tak start lagi
5. Study LAW ! haha . selasa depan dah nak test
Okay , aku rasa tu je lah kot yang aku perlu setelkan harini .
Itupun kalau sempat , walaupun dalam hati aku ni meronta ronta nak keluar jugak macam dorang tu . NAK beli barang untuk adik2 aku lg.
Menghitung hari berapa hari lagi nak balik , wuuu . harini dah 21/8/11.
Aku akan balik 5 hari lagi . 26/8/11 .
Makk , nantikan kehadiran ku ini . sob sob sob *tetiba sayu* HAHA