PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) SESI JUN 2010 | ||||||||||||
BIL | PERKARA | KETERANGAN | ||||||||||
1 | e-Borang Politeknik KPT | Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 dibuka pada 18 Februari 2010 dengan melayari laman webhttp://www.politeknik.edu.my bagi pemohon kategori berikut: a. Lulusan SPM dan setaraf b. Lulusan Sijil Politeknik KPT c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT d. Lulusan Diploma Politeknik KPT | ||||||||||
2 | Iklan | Iklan permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 disiarkan seperti butiran berikut;
| ||||||||||
3 | Cara Memohon | Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web; http://www.politeknik.edu.my Untuk mengakses e-B orang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN. Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja) Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN. Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atauMyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT. Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Jun 2010 dan November 2010 sahaja. Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya lupa. | ||||||||||
NOTA: Setelah mengisi e-Borang, pemohon dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut:
Pindaan maklumat pada e-Borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan ulangi langkah di atas. | ||||||||||||
Pemohon berkeperluan khas (masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM, di alamat : Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 2, Blok E2, Parcel E,Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA Telefon : 03-88849190 Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atauBahagian Pendidikan Khas. | ||||||||||||
4 | Tarikh tutup | Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 ditutup pada 02 April 2010 (Jumaat). | ||||||||||
5 | Program yang Tidak Lagi Ditawarkan | Mulai Sesi Jun 2010 di semua Politeknik Semenanjung. Walau bagaimanapun pengambilan pelajar program peringkat sijil di Politeknik Sabah dan Sarawak masih diteruskan. | ||||||||||
6 | Program yang perlu melalui proses temuduga | Pemohon perlu melalui proses temuduga bagi program berikut: | ||||||||||
KEPUTUSAN PERMOHONAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KPT SESI JUN 2010 | ||
BIL | PERKARA | TARIKH |
1 | Umum calon yang berjaya untuk menduduki ujian bertulis | 08/04/2010 (Khamis) |
2 | Pelaksanaan ujian bertulis | 20/04/2010 (Selasa) |
3 | Umum calon yang berjaya untuk menduduki sesi temuduga | 08/05/2010 (Ahad) |
4 | Pelaksanaan sesi temuduga | 01 hingga 04 Jun 2010 |
5 | Keputusan permohonan | 08/05/2010 (Ahad) |
PROGRAM PENGAJIAN SECARA SAMBILAN POLITEKNIK KPT | ||
Permohonan Kursus Secara Sambilan (KSS) | Maklumat berkaitan permohonan Kursus Secara Sambilan (KSS) boleh didapati daripada Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan politeknik berikut :- |